Sunday, March 16, 2008

TIP KEWANGAN 2 - RM100K HUTANG KPD UNTUNG RM300K


Cerita Si Abu Yang Terlepas Dari Siksa Hutang Dan Meneruskan Keuntungan...
(DOUBLE CLICK GAMBAR DI ATAS UTK MELIHAT CARTA SEBENAR)


Kisah benar ini Mengenai si Abu (bukan nama sebenar), seorang pengurus di sebuah syarikat kejuruteraan swasta, beliau adalah seorang pelabur yang aktif, konsisten, disiplin dan berani. Mengapa saya katakan si Abu ni berani, beliau telah buat pinjaman peribadi sebanyak rm100,000.00 untuk memulakan pelaburan. Si Abu mengambil pinjaman peribadi secara Islam dengan kadar tetap 6.5% setahun selama 10 tahun, dan beliau kena bayar RM1,375.00 sebulan. Beliau melabur RM100,000.00 kerana secara automatiknya beliau akan menjadi GOLD MEMBER dan beliau akan mendapat banyak keistimewaan sperti percuma switching, insuran kematian pelbagai punca percuma RM100K dan pelbagai lagi. Pada awal 2004, saya bertemu si Abu dan bila kita berbincang beliau hendak saya menjaga akaun beliau kerana agen lama tidak dapat dihubungi lagi. Abu adalah kawan lama saya masa menuntut di UTM dulu. Maka proses perpindahan itu berlaku dengan jayanya dan saya dengan mudah dapat mengawal pergerakkan NAV dan turun naiknya bila dia di bawah seliaan saya. Setelah sekian lama tidak berjumpa dan berhubung, mungkin masing-masing sibuk, namun saya tetap tak putus untuk sms dan menghantar penyata tiap-tiap bulan, maka pada malam raya haji lepas (Desember 2007) saya terfikir untuk mencadangkan sesuatu buat Abu bagi menyelesaikan hutang peribadinya. Malam raya yang cukup meriah terutama bagi masyarakat di Kelantan, saya menghubunginya ntuk mengucapkan selamat hari raya haji dan dalam perbualan tersebut saya bertanyakan Abu, " Berapa lagi baki hutang pinjaman yang awak ambil untuk labur dalam ittikal fund?", dia dengan segannya menjawap , "Kenapa....nanti aku check." Diringkaskan cerita, Abu menghubungi saya pada malam than baru 2008 dan memberitahu bakinya hutangnya RM86,625.00, dia Tanya lagi, “Kenapa? Nak tolong selesaikan ke?”, Saya jawab “YA, tolak daripada nilai duit dalam unit trust yang kini bernilai lebih RM300 Ribu…”

Si Abu terkejut, DAN pagi lusanya 2 Jan 2008, terpacak depan rumah saya jam 7 pagi, katanya nak suruh saya print penyata akaun dia. Saya Tanya dia tentang penyata yang selalu saya hantar tiap-tiap bulan, adakah dia tak terima, katanya dia lupa nak bagi tahu address dia dah tukar….isshhh….isshhhh…. Saya menunjukkan cara-cara untuk menyelesaikan hutangnya dan menasihati dia supaya terus menambah simpanan bulanannya mejadikan simpanan bulanannya kini RM2,375.00 tetap. Saya menjangka dalam 10 tahun akan datang beliau akan bergelar JUTAWAN. JUTAWAN daripada hasil DUIT BERKERJA UNTUK DIA..Tanya diri Anda pula, sampai bila nak TUNGGU DAN LIHAT, Orang dah ke bulan kita masih lagi bermain di kuala. Tepuk dada Tanya selera. Wasallamu.


Nota: Kedua-dua akaun pelaburan di atas adalah mengikut syariah islam dan diuruskan oleh pengurus dana yang berdaftar dengan suruhanjaya sekriti Malaysia. INI BUKAN CERITA SKIM CEPAT KAYA, BUKAN CERITA DONGENG TAPI CERITA BENAR, CERITA KEJAYAAN.

ANDA DIJEMPUT MENGHADIRKAN DIRI DALAM KURSUS-KURSUS, SEMINAR-SEMINAR ATAU PERJUMPAAN TENTANG PELABURAN INI. TIADA

TIP KEWANGAN - RM100K KPD RM500K


1) Dari RM100K Bertukar Menjadi RM SETENGAH JUTA
(Sila klik gambarajah di atas utk melihat secara besar)

Ramai bertanyakan saya, jika kita simpan dalam unit trust, adakah untungnya berdasarkan turun naik NAV, Jawapanna YA, TAPI Jika dilihat daripada akaun di atas, di mana Si Mamat (bukan nama sebenar) telah melabur sebanyak RM100.000.00 (Total Investment) pada nilai NAV RM0.95sen, Maka nilai unit trustnya pada masa itu hanya RM95,000.00 kurang RM5,000.00 daripada nilai pelaburan. Ini berlaku kerana terdapat caj-caj pengurusan bank yang telah ditolak.

Untuk mengurangkan risiko susut nilai, Si Mamat menggunakan kaedah Dollar Cost Average (DCA) atau dalam bahasa mudahnya peyimpanan yang konsisten setiap bulan. Hasilnya, nilai yang kurang pada peringkat awal tadi mula meningkat selari dengan masa dan hari ini 2 Jan 2008 hasil dari simpanan awal RM100K campur bulanan RM500 x 57 bln = RM65,000.00 , jadi nilai pelaburan RM165K berjaya menghasilkan RM496,012.06, Nilai keuntungannya Hampir Setengah JUTA.

Berbalik kepada persoalan naik turunnya NAV, Bandingkan nilai NAV masa beli (10 April 1997) dan NAV hari ini (2 Jan 2008), Maka RM1.13sen - RM0.95sen = RM0.18sen. Jika Anda mengambil kira kenaikan NAV hanya RM0.18sen sahaja dan nilai sebenar hasil pelaburan Anda hanya RM1.13sen x RM165,000.00 = RM186,450.00 Maka untungnya hanya RM21,450.00 .

JANGAN BIMBANG!!!!! Unit Amanah (Trust) bukan kira begitu, ianya ada lagi keuntungan dalam bentuk "Distribution" atau yang biasa kita dengar "Dividen" dalam bentuk penambahan unit. Sebab itu ramai saya jumpa takut unuk melabur, atau mungkin serik ditipu oleh skim-skim cepat kaya yang banya dan pelbagai tektik dan teknik digunakan. Si Mamat ni juga terkejut bila melihat hasil daripada berkat sabar dan disiplin, Sekarang Si Mamat ni baru umur 41tahun ni, saya jangka dalam 5-10thn lagi akannya akan menunjukkan angka JUTA...JUTA.... masa tu si Mamat akan ada bekalan untuk persaraan (hari Tua) dan tabung pendidikan anak-anak.

Saya bukan nak cakap apa, kita sekarang pun tak sempat nak jaga mak bapa kita, kita sibuk dengan kerja sahaja, walaupun sekarang kita masih hantar wang kepada kedua mereka dikampung, JANGAN TERKEJUT akan datang, anak-anak dah tak sempat nak hantar wang pada kita, maklumlah tak cukup makan, kena bayar loan sekolah, loan universiti, loan kereta, loan rumah, loan kahwin dll yang mungkin kita tak terfikir hari ni.Wasallamu......

Wednesday, February 6, 2008

PENGURUSAN KEWANGAN VS USAHAWAN

Subjek Pengurusan Kewangan Terpinggir Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia dan Kesannya kepada Usahawan dan Bakal Usahawan.

Pengurusan Kewangan yang saya maksudkan ini bukanlah macam buat akaun ataupun cara matematik mengira darap, campur, tolak dan bahagi yang kita semua hampir mahir dan ada yang terlalu mahir. Tapi, adalah subjek Asas Pengurusan Kewangan, bagaimana menciptanya, bagaimana membentuknya, bagaimana menjaganya dan bagaimana menambahkannya.

Kepala dasar pengetahuan kewangan adalah PELABURAN dan ianya bermula dari SIMPANAN. Duit yang disimpan dalam tabung atau bawah tilam bukanlah pelaburan dan ianya mungkin reput, lusuh atau dimakan anai-anai, tetapi kalau ianya dipindahkan ke bank, beli unit amanah, berniaga, beli ‘bon’ , maka duit tersebut telah dilaburkan. Maka pihak penerima pelaburan anda akan dapat menafaat. Contohnya, jika anda beli unit amanah, agen yang menjualnya akan mendapat komisyen, pengurus dana akan mendapat gaji, dan syarikat yang diberikan modal akan boleh berniaga, maka para pekerjanya akan mendapat gaji, dengan itu semua mereka ini akan membeli barangan, membeli keperluan, menabung dan proses-proses ini akan berulang-ulang mengikut cara yang sama anda lakukan dan akan menghasilkan roda pusingan wang.

Sebab itu dalam ajaran Islam, wang dari hasil halal yang belum dilaburkan atau digunakan belum tentu tahu hukumnya, samada halal atau haram. Jika anda gunakan untuk beli skim cepat kaya, sah-sah haram, ataupun untuk memberi rasuah dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya. Tapi, jika anda memberi wang untuk isteri membeli keperluan dapur ataupun perkara-perkara yang seangkatan dengannya maka anda sendiri tahu jawapannya adalah Halal dan ada yang menjadi wajib atau harus.

Kita bukanlah nak berbincang panjang lebar tentang perkara halal haram, tetapi cara yang terbaik dalam melabur. Berbalik kepada system pendidikan di Malaysia, saya juga tidak menafikan kita mempunyai pendidikkan yang terbaik oleh sebab itu kita dapat lihat ramai usahawan atau perkerja yang baik telah dilahirkan di Malaysia, cuma saya nak menekankan di sini, kehidupan anda akan datang tidak boleh mengambil faktor berapa besar pendapatan anda hari ini. Mengapa saya berkata begitu?

Renung sejenak, jika anda berkerja dengan pendapatan rm1,000.00 anda akan gunakan setiap bulan untuk melengkapkan cara hidup rm1,000.00, maksud saya dapat satu ribu habis satu ribu, dan jika anda berpendapatan rm10 ribu, anda gunakan untuk melengkapkan kehidupan anda dengan cara hidup rm10 ribu, sama juga maksud saya, dapat sepuluh ribu dan habiskan sepuluh ribu. Namun yang kebiasaanya dan kekadang selalunya terlebih belanja dan ianya menjadi hutang. Hutang yang mungkin akan berganda-ganda jika tidak dikawal atau dihapuskan.

Pada hakikatnya kita tidak sedari bahawa kekayaan seseorang itu sebenarnya bergantung kepada cara pengurusan kewangan yang baik dan ianya bermula hari ini, untuk hari esok. Bukannya hari ini untuk hari ini. Kesimpulannya kekayaan seseorang di masa akan datang bukanlah diukur daripada bilangan angka pendapatan tetapi berapa banyak wang yang mampu disimpan dalam bentuk pelaburan jangka panjang dan wang tersebut mampu berkerja untuk anda. Anda menjadi boss (pengarah) kepada wang anda dan bukan lagi menjadi HAMBA kepada wang anda.

Kesannya kepada usahawan atau bakal usahawan?

Saya tidak ingin menjawap soalan dengan mudah, saya ingin berkongsi cerita Ali dan Abu, kisah benar tapi nama dan tempat telah saya ubahkan. Ceritanya Ali dan Abu, kedua-duanya adalah usahawan dan berkawan baik, pada Januari 1997 kedua-duanya memiliki tunai melebihi rm100ribu, si Ali melabur rm100ribu dalam unit amanah* dan menambah simpanan rm500 setiap bulan tanpa henti sehingga hari ini (Januari 2008), si Abu dengan falsalfahnya “duit senang di cari…..”, pada kegawatan ekonomi, kedua-duanya masih mampu bertahan kerana mereka membekal makanan keperluan harian. Saham jatuh sekitar 1997 hingga 2000 dan beberapa kali diperli leh Abu tentang susut nilai pelaburan Ali, namun Ali tetap menyimpan seperti biasa.

Akhir 2005, Abu jatuh dalam perniagaannya kerana anaknya sendiri menghabiskan hartanya dan merosakkan perniagaannya, Abu diistiharkan muflis pada akhir 2006, kini pulang ke kampong isterinya untuk mengerjakan sawah dalam usia hampir 50. Berbeza dengan Ali yang amat berdisplin bukan saja dari segi berniaga, beragama, berkawan, bermasyarakat bahkan dalam menyimpan. Kini hasil tabungan pokok rm100ribu dan rm500 sebulan, nilai hasil pelaburannya kini mencecah hampir setengah juta. Untuk angka tepat saya berani maklumkan di sini, nilai wang yang disimpan rm100,000.00 + (rm500 x 130bulan) = rm165,000.00 kini nilainya pada 2 Jan 2008 = rm496,012.06 , hampir setengah juta. Maka secara tepat untungnya = rm331,012.06. Data sebenar bolehlah berjumpa dengan saya jika ianya akan mejadi pemangkin yang positif untuk anda berjaya dalam pengurusan kewangan dan akhirnya mencipta kekayaan dan kehidupan anda akan datang.

Semenangnya masa yang terbaik untuk melabur adalah pada usia muda, namun sesiapa saja walau sudah lanjut usia boleh bermula dan syaratnya jangan tunggu hari esok. Kerana hari esok tidak akan datang tanpa hari ini. Saya akan berkongsi teknik-teknik dan tip-tip untuk menjadi seorang pengurus kewangan yang baik dan berjaya, bagaimana menghapuskan hutang sediada, permasalahan kad kredit, dari seringgit menjadi sejuta dan rahsia empat warna dalam ringgit Malaysia. Anda bolehlah e-mailkan kepada saya di : ambiaq@gmail.com atau lawati : http://www.ambiaq.blogspot.com .

Sekian Terima Kasih,

Ir Shamsul Ambia MD

*unit Amanah drp pengurus dana yang terbaik di Asia

Tuesday, January 15, 2008

DEBT RIDDEN (PENGHAPUSAN HUTANG)

Hidup ini akan lebih bermakna jika tanpa hutang, tetapi berapa ramaikah yang tak berhutang? Persoalannya, kita didesak oleh cara hidup dan keperluan masa kini. Makanan, pakaian dan tempat tinggal adalah keperluan asas masa dulu, tapi kini kita harus tambah kenderaan, hand phone(alat komunikasi wajib kini), bayar tol, minyak, astro dsb. secara tak lansung kita akan terjebak dalam hutang jika ingin melengkapkan gaya hidup moden masa kini. Sembilan daripada 10 pendudukan Malaysia di bandar, berhutang.


Persoalannya?
Berapa besar jumlah hutang itu?
Adakah ia mampu dikawal?
Adakah pendapatan bulanan kita mampu membayar hutang itu?
Atau.....ianya terlalu banyak dan tak mampu ditampung oleh pendapatan sekarang?
Maka....kita harus mencari pendapatan baru, atau dengan lain perkataan:-
"Hidup Kini Hanya Untuk Bayar Hutang"......


Persoalan di atas bukanlah rekaan.
Ingin Memahami dan Menyelesaikan Masalah Hutang?
Hadir ke Kursus DEBT RIDDEN(PENHAPUSAN HUTANG)
kami anjuran bersama Dewan Muda, DPMM-Putrajaya di Presint 9
Makumat lanjut boleh hubungi/sms: +(6)013-6353333 atau e-mail: ambiaq@gmail.com

Monday, January 14, 2008

Kuala Lumpur International Filem Festival 2007



Kuala Lumpur International Filem Festival 2007 menampakkan kesungguhan Finas dalam memperkayakan industri filem tempatan untuk dibawa ke muka dunia. Malam yang sungguh bersejarah itu turut menundang kami dari Virtue Productions Sdn. Bhd. ( http://www.virtueproductions.com/) untuk turut sama memeriahkan walaupun sebagai jemputan pemerhati sahaja. Jamuan untuk VIP selepas majlis itu, telah membuka peluang kami untuk berjumpa dengan YB Datuk Dr Rais Yatim, KP Finas, Tan Sri Jin Shamsuddin, artis-artis, penkarya-perkarya dan jemputan-jemputan terhormat.





(SILA KLIK PIC DI ATAS UNTUK MELIHAT KUASA KOMPAUN)***



Cara Wang Gaji Anda Digunakan?

KONVENSIONAL (CARA YANG TERLAMPAU BIASA DIGUNAKAN)
Dimana bila Anda mendapat Gaji/Pendapatan, perkara pertama Anda lakukan adalah membayar bil-bil utiliti, belanja dapur, anak, bayar segala pinjaman, hantar wang untuk ibubapa kemudian untuk hiburan, makan keluaga dan rekreasi, Akhir sekali barulah Anda simpan, itupun kalau ada lebih.

IDEAL/MODEN (CARA YANG TERBAIK DAN TERBUKTI BERKESAN)
Dimana Anda mendahulukan SIMPANAN sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan atau gaji bulanan Anda, kemudian baru bayar bil-bil, belanja, jelas pinjaman, hantar wang untuk orang tua dan akhir sekali barulah untuk hiburan dan rekreasi, itupun jika ada lebih.




Lihat kuasa kompaun dalam simpanan seperti di atas.




Video mengenai cara terbaik menambahkan wang anda.....