Tuesday, January 15, 2008

DEBT RIDDEN (PENGHAPUSAN HUTANG)

Hidup ini akan lebih bermakna jika tanpa hutang, tetapi berapa ramaikah yang tak berhutang? Persoalannya, kita didesak oleh cara hidup dan keperluan masa kini. Makanan, pakaian dan tempat tinggal adalah keperluan asas masa dulu, tapi kini kita harus tambah kenderaan, hand phone(alat komunikasi wajib kini), bayar tol, minyak, astro dsb. secara tak lansung kita akan terjebak dalam hutang jika ingin melengkapkan gaya hidup moden masa kini. Sembilan daripada 10 pendudukan Malaysia di bandar, berhutang.


Persoalannya?
Berapa besar jumlah hutang itu?
Adakah ia mampu dikawal?
Adakah pendapatan bulanan kita mampu membayar hutang itu?
Atau.....ianya terlalu banyak dan tak mampu ditampung oleh pendapatan sekarang?
Maka....kita harus mencari pendapatan baru, atau dengan lain perkataan:-
"Hidup Kini Hanya Untuk Bayar Hutang"......


Persoalan di atas bukanlah rekaan.
Ingin Memahami dan Menyelesaikan Masalah Hutang?
Hadir ke Kursus DEBT RIDDEN(PENHAPUSAN HUTANG)
kami anjuran bersama Dewan Muda, DPMM-Putrajaya di Presint 9
Makumat lanjut boleh hubungi/sms: +(6)013-6353333 atau e-mail: ambiaq@gmail.com

Monday, January 14, 2008

Kuala Lumpur International Filem Festival 2007



Kuala Lumpur International Filem Festival 2007 menampakkan kesungguhan Finas dalam memperkayakan industri filem tempatan untuk dibawa ke muka dunia. Malam yang sungguh bersejarah itu turut menundang kami dari Virtue Productions Sdn. Bhd. ( http://www.virtueproductions.com/) untuk turut sama memeriahkan walaupun sebagai jemputan pemerhati sahaja. Jamuan untuk VIP selepas majlis itu, telah membuka peluang kami untuk berjumpa dengan YB Datuk Dr Rais Yatim, KP Finas, Tan Sri Jin Shamsuddin, artis-artis, penkarya-perkarya dan jemputan-jemputan terhormat.





(SILA KLIK PIC DI ATAS UNTUK MELIHAT KUASA KOMPAUN)***



Cara Wang Gaji Anda Digunakan?

KONVENSIONAL (CARA YANG TERLAMPAU BIASA DIGUNAKAN)
Dimana bila Anda mendapat Gaji/Pendapatan, perkara pertama Anda lakukan adalah membayar bil-bil utiliti, belanja dapur, anak, bayar segala pinjaman, hantar wang untuk ibubapa kemudian untuk hiburan, makan keluaga dan rekreasi, Akhir sekali barulah Anda simpan, itupun kalau ada lebih.

IDEAL/MODEN (CARA YANG TERBAIK DAN TERBUKTI BERKESAN)
Dimana Anda mendahulukan SIMPANAN sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan atau gaji bulanan Anda, kemudian baru bayar bil-bil, belanja, jelas pinjaman, hantar wang untuk orang tua dan akhir sekali barulah untuk hiburan dan rekreasi, itupun jika ada lebih.




Lihat kuasa kompaun dalam simpanan seperti di atas.




Video mengenai cara terbaik menambahkan wang anda.....


Sunday, January 13, 2008

QANA'AH : Harta Yang Tidak Akan Habis

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Qana'ah adalah suatu harta yang tidak akan habis"

Pemilik sifat ini pastinya tidak mempunyai sifat tamak terhadap pemberian Allah swt, sesama makhluk dan tidak merasa cemburu terhadap apa yang di anugerahkan oleh Allah swt kepada orang lain. Sifat Qana'ah bererti memadai dengan apa yang diberikan oleh Allah swt, penuh kerelaan dan bersyukur, namun sikapnya tidak menghalang dari berusaha gigih untuk menambah yang kurang dan menyempurnakkan sesuatu yang dirasakan belum memuaskan.