Wednesday, February 6, 2008

PENGURUSAN KEWANGAN VS USAHAWAN

Subjek Pengurusan Kewangan Terpinggir Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia dan Kesannya kepada Usahawan dan Bakal Usahawan.

Pengurusan Kewangan yang saya maksudkan ini bukanlah macam buat akaun ataupun cara matematik mengira darap, campur, tolak dan bahagi yang kita semua hampir mahir dan ada yang terlalu mahir. Tapi, adalah subjek Asas Pengurusan Kewangan, bagaimana menciptanya, bagaimana membentuknya, bagaimana menjaganya dan bagaimana menambahkannya.

Kepala dasar pengetahuan kewangan adalah PELABURAN dan ianya bermula dari SIMPANAN. Duit yang disimpan dalam tabung atau bawah tilam bukanlah pelaburan dan ianya mungkin reput, lusuh atau dimakan anai-anai, tetapi kalau ianya dipindahkan ke bank, beli unit amanah, berniaga, beli ‘bon’ , maka duit tersebut telah dilaburkan. Maka pihak penerima pelaburan anda akan dapat menafaat. Contohnya, jika anda beli unit amanah, agen yang menjualnya akan mendapat komisyen, pengurus dana akan mendapat gaji, dan syarikat yang diberikan modal akan boleh berniaga, maka para pekerjanya akan mendapat gaji, dengan itu semua mereka ini akan membeli barangan, membeli keperluan, menabung dan proses-proses ini akan berulang-ulang mengikut cara yang sama anda lakukan dan akan menghasilkan roda pusingan wang.

Sebab itu dalam ajaran Islam, wang dari hasil halal yang belum dilaburkan atau digunakan belum tentu tahu hukumnya, samada halal atau haram. Jika anda gunakan untuk beli skim cepat kaya, sah-sah haram, ataupun untuk memberi rasuah dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya. Tapi, jika anda memberi wang untuk isteri membeli keperluan dapur ataupun perkara-perkara yang seangkatan dengannya maka anda sendiri tahu jawapannya adalah Halal dan ada yang menjadi wajib atau harus.

Kita bukanlah nak berbincang panjang lebar tentang perkara halal haram, tetapi cara yang terbaik dalam melabur. Berbalik kepada system pendidikan di Malaysia, saya juga tidak menafikan kita mempunyai pendidikkan yang terbaik oleh sebab itu kita dapat lihat ramai usahawan atau perkerja yang baik telah dilahirkan di Malaysia, cuma saya nak menekankan di sini, kehidupan anda akan datang tidak boleh mengambil faktor berapa besar pendapatan anda hari ini. Mengapa saya berkata begitu?

Renung sejenak, jika anda berkerja dengan pendapatan rm1,000.00 anda akan gunakan setiap bulan untuk melengkapkan cara hidup rm1,000.00, maksud saya dapat satu ribu habis satu ribu, dan jika anda berpendapatan rm10 ribu, anda gunakan untuk melengkapkan kehidupan anda dengan cara hidup rm10 ribu, sama juga maksud saya, dapat sepuluh ribu dan habiskan sepuluh ribu. Namun yang kebiasaanya dan kekadang selalunya terlebih belanja dan ianya menjadi hutang. Hutang yang mungkin akan berganda-ganda jika tidak dikawal atau dihapuskan.

Pada hakikatnya kita tidak sedari bahawa kekayaan seseorang itu sebenarnya bergantung kepada cara pengurusan kewangan yang baik dan ianya bermula hari ini, untuk hari esok. Bukannya hari ini untuk hari ini. Kesimpulannya kekayaan seseorang di masa akan datang bukanlah diukur daripada bilangan angka pendapatan tetapi berapa banyak wang yang mampu disimpan dalam bentuk pelaburan jangka panjang dan wang tersebut mampu berkerja untuk anda. Anda menjadi boss (pengarah) kepada wang anda dan bukan lagi menjadi HAMBA kepada wang anda.

Kesannya kepada usahawan atau bakal usahawan?

Saya tidak ingin menjawap soalan dengan mudah, saya ingin berkongsi cerita Ali dan Abu, kisah benar tapi nama dan tempat telah saya ubahkan. Ceritanya Ali dan Abu, kedua-duanya adalah usahawan dan berkawan baik, pada Januari 1997 kedua-duanya memiliki tunai melebihi rm100ribu, si Ali melabur rm100ribu dalam unit amanah* dan menambah simpanan rm500 setiap bulan tanpa henti sehingga hari ini (Januari 2008), si Abu dengan falsalfahnya “duit senang di cari…..”, pada kegawatan ekonomi, kedua-duanya masih mampu bertahan kerana mereka membekal makanan keperluan harian. Saham jatuh sekitar 1997 hingga 2000 dan beberapa kali diperli leh Abu tentang susut nilai pelaburan Ali, namun Ali tetap menyimpan seperti biasa.

Akhir 2005, Abu jatuh dalam perniagaannya kerana anaknya sendiri menghabiskan hartanya dan merosakkan perniagaannya, Abu diistiharkan muflis pada akhir 2006, kini pulang ke kampong isterinya untuk mengerjakan sawah dalam usia hampir 50. Berbeza dengan Ali yang amat berdisplin bukan saja dari segi berniaga, beragama, berkawan, bermasyarakat bahkan dalam menyimpan. Kini hasil tabungan pokok rm100ribu dan rm500 sebulan, nilai hasil pelaburannya kini mencecah hampir setengah juta. Untuk angka tepat saya berani maklumkan di sini, nilai wang yang disimpan rm100,000.00 + (rm500 x 130bulan) = rm165,000.00 kini nilainya pada 2 Jan 2008 = rm496,012.06 , hampir setengah juta. Maka secara tepat untungnya = rm331,012.06. Data sebenar bolehlah berjumpa dengan saya jika ianya akan mejadi pemangkin yang positif untuk anda berjaya dalam pengurusan kewangan dan akhirnya mencipta kekayaan dan kehidupan anda akan datang.

Semenangnya masa yang terbaik untuk melabur adalah pada usia muda, namun sesiapa saja walau sudah lanjut usia boleh bermula dan syaratnya jangan tunggu hari esok. Kerana hari esok tidak akan datang tanpa hari ini. Saya akan berkongsi teknik-teknik dan tip-tip untuk menjadi seorang pengurus kewangan yang baik dan berjaya, bagaimana menghapuskan hutang sediada, permasalahan kad kredit, dari seringgit menjadi sejuta dan rahsia empat warna dalam ringgit Malaysia. Anda bolehlah e-mailkan kepada saya di : ambiaq@gmail.com atau lawati : http://www.ambiaq.blogspot.com .

Sekian Terima Kasih,

Ir Shamsul Ambia MD

*unit Amanah drp pengurus dana yang terbaik di Asia

No comments: